CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

secebis kata

HAMBA-HAMBA ALLAH SEKALIAN,

Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-
manusia yang berasal dari air mani dan kemudian
dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang
nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh
Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita
yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah,
tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia
bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik-
cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga
yang amat indah terlebih indah sehingga tidak
terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.

Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dari
selautan, dan selautan itu adalah
akhirat...bayangkanlah, jika yang setitis nih pon
kita telah tergoda oleh cantik dan
indahnya..bagaimana pula yang selautan itu?
dapatkah kita gambarkan?

Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada
agama Allah tidak akan rugi
, kemenangan
manusia di dunia ini adalah dalam
agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia
dan di akhirat!

Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada
hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita
perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang
melemahkan kita
. bersederhanalah dalam
berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa
dengan keseronokan, kita kini dipermainkan
musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita,
kuatkan masyarakat kita, kuatkan negara
kita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!

..dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..

La Tahzan... Jgn bersedih

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa


Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan


Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


Tuesday, January 13, 2009

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.




Bukan dicari-cari


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

CintaiLah Allah


Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama

Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.

Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Kan ku ungkap rasa yang terindah
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Alloh
Kan kusandarkan
Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Hanya Pada Allah kuharapkan

Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas. Menyerang-nyerang.

Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

Ibadah Itu Cinta


“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

Ibadah, taat dan patuh?

Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.


Monday, January 12, 2009

Warkah "Hari Jadi" untuk Rasulullah


sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargai maulidur rasul
apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan

namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banayk menangis kerana-mu ya rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduinya ...

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatmu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padamu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini....
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini...
akanku peluk dan dakap dirimu...
serta menangis dalam dakapanmu....

inginku menatap wajah dan senyumanmu...
dan berjalan-jalan bersamamu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu

namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar mu yg engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu dirimu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat darimu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....

salam rindu dan sayang dariku

Y A K I N LAH!

Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.

Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.

Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk.

Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-'Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.

Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.

Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.

Berdoalah!
Y A K I N LAH!

Sunday, January 11, 2009

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!


Bismillah........

Percaturan

Atas lamparan putih ini akan saya sampaikan apa yang saya rasa betul, dan apa yang saya kira bakal membantu kalian dalam penjagaan masa. Ayat di atas jelas menerangkan kepada kita akan kepentingan masa di sisi islam. Mahukah kita digelar sebagai golongan yang rugi? golongan yang tidak beroleh kejayaan? golongan yang senantiasa dibelenggu kecelakaan dan kehancuran? Sedarlah wahai manusia, kita hidup di atas bumi ini bertunjangkan akan perhubungan masa. Terus, wujud kata-kata hikmah seperti "masa itu emas" yang menekankan akan kepentingan masa bagi kita sebagai komuniti muslim yang berjalan di atas alam ciptaan Al-Khaliq.

Kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada persoalan ini, "Bagaimana cara anda menguruskan masa?". Dalam ayat di atas juga, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita berada dalam kerugian, kerana gagal dalam percaturan masa. Pada hari ini, ramai manusia yang leka, leka akan 'kecantikan' dunia, membuang masa dengan melepak, menganggu kehidupan orang lain, mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan pelbagai perlakuan yang ditegah di dalam Islam. Adakah kita tergolong dalam golongan yang dibenci Allah ini? Sedarlah bahawa kehidupan ini terlalu singkat dan hanyalah sebagai platfom persinggahan bagi kita untuk beramal dan memuji kebesaran Al-Malik. Namun, berbahagialah kepada mereka yang tahu akan kepentingan masa, tidak mensia-siakan kehidupan yang dianugerahkan kepada mereka.

Perjalanan

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. baginda memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda:

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Secara ringkasnya, kita ditekankan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya sebelum kelima-lima keadaan tersebut mengetuk pintu kehidupan kita, iaitu sewaktu kita punya masa untuk diuruskan. Sepanjang perjalanan kita sebagai manusia, mula dengan kelahiran, diselangi dengan proses tumbesaran dan pematangan minda, hadirnya cinta dan dihubungkan pertalian dan ditutupi dengan kematian, kita akan sentiasa berhubung dengan masa dari saat kita dibuai manja sehingga ke pintu kematian.

Ketahuilah bahawa, kalian akan dihisabkan atas setiap detik masa yang kalian lalui semasa perjalanan kehidupan. Dalam hadis baginda: "Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya?Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Pengurusan masa

Allah telah berfirman, maksudnya:

"Ar-Rahman telah mengajarkan al-Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t). Langit (alam raya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?(Ar-Rahman:1-13)

Kelebihan kita dari makhluk-makhluk lain adalah akal fikiran, keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil, serta kepintaran dalam menyelesaikan masalah. Memandangkan kita telah dikurnaikan dengan akal fikiran, sepatutnya kita sedar akan pengaruhnya dalam Islam. Kita seharusnya menggunakan masa yang kita ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan Allah SWT serta mengejar matlamat hidup sebagai seorang muslim iaitu untuk mengejar kebahagian di dunia dan di akhirat serta beroleh keredhaan dari-Nya.

Untuk itu, kita perlu ambil peluang yang ada dengan menyusun strategi penggunaan masa. Di sini akan saya ringkaskan langkah-langkah pengurusan masa yang efektif yang telah saya pelajari dari artikel 6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.

1. Sediakan sebuah diari masa
Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses perancangan dapat dilakukan dengan mudah.

2. Belajar untuk berkata "Tidak!"
Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti yang boleh dielak dan boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan yang perlu dilaksanakan.

3. Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'
Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan akan termotivasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong daripada senarai tersebut.

4. Biar teknologi membantumu
Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permasalahan dari segi pengurusan waktu.

5. Perlaksanaan secara serentak
Terdapat beberapa aktiviti yang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu yang bakal mengundang kepada kemalangan.

6. Jauhi sifat 'Perfectionist'
Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa.

Diharap agar apa yang telah disampaikan ini mampu mengubah persepsi kalian terhadap kepentingan masa dan terus menghargai masa yang telah Allah sediakan untuk kita agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Segala kesilapan dan kesalahan maklumat harap dapat dimaafkan, saya yang masih belajar.....Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Menjadi Sahabat Allah swt


Setiap orang seharusnya berusaha menjadi ‘sahabat’( hamba yang dekat denganNya) Allah, kerana Tuhan tidak pernah menolak para hamba dari mendekatiNya. Alasan utama mendatangi majlis Ilmu dan Zikir, mendalami ilmu-ilmu agama adalah untuk menyiapkan diri meraih kedekatan itu.

Namun perlu diingati,tidak seorang pun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hambaNya. Hamba-hambaNYA yang dimaksudkan adalah para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad saw, para sahabatnya, dan pewaris para nabi iaitu golongan ulama’. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para kekasih Allah adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.

Mungkin saat ini, selama kamu berada di medan menuntut Ilmu dan majlis Zikir, mudah untuk merasakan kedekatan kamu dengan Allah kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa kesusahan kerana berada bersama mereka yang terkadang tidak mengerti. Maka ingatlah! Bila seseorang hamba telah menjadi 'sahabat' Tuhan, semua orang akan menjadi sahabatnya. Berhasilnya pencapaian kedekatan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadrat Ilahi.Bukanlah dimaksudkan secara zahir menjadi menarik atau tertarik pada mereka tetapi tarikan melalui hati yg murni.

Guruku pernah bercerita padaku tentang kisah sepohon bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak terjangkau dan anehnya selalu dikelilingi oleh ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan bau wangi yang amat kuat dan siapa yang mengenakan wangian dari bunga tersebut akan dicintai oleh semua orang. Lalu aku katakan: "Guruku, izinkanlah saya pergi mencari bunga itu". Namun jawapan beliau: "Nazim Effendi, tak perlu engkau ke sana. Sepanjang kamu bermuraqabah (waspada) akan Tuhan-mu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar) maka Allah akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarikan yang banyaknya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. Bahkan jika kamu hanya bangun di akhir-akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur, bahkan tidak melakukan solat, maka keajaiban akan muncul dan kamu akan penuh daya tarik seperti mana wangi bunga itu".

Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan meraih perhatian Tuhannya kerana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampun hamba-hambaNya untuk diampunkan dosa mereka, meredhai mereka, melimpahkan rahmatNya, bahkan memperkenankan doa mereka . Untuk itu sahutlah sarananku untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, Walaupun hanya 5 minit saja. Anda harus mujahadah (bersungguh), dengan keadaan suci / wudhu, lalu katakan pada Tuhanmu: Ya Tuhanku, datanglah padaku karena aku tidak mampu mendatangi-Mu. Do’a semacam itu cukup untuk memberi kamu perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kamu sebagai seorang ‘sahabat’ yang ditemani Tuhan.

Manusia melangkaui hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Itulah kehendak Tuhan, meminta kamu untuk bersamaNya saja, bahkan hanya untuk 5 minit daripada sekalian waktu kita yang digunakan untuk tidur atau bersenang-senangan. Siapa yang kembali pada Tuhannya di malam hari akan merasakan Allah itu dekat dan mampu untuk pasrah padaNya walaupun di saat-saat waktu yang terberat sekalipun.

Wallahu Waliyyuttaufiq

Analogi Kunci Kepada Kehidupan


Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.

Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).


Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

BOIKOT


Inilah barangan-barangan yang perlu diboikot oleh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. Dana barangan-barangan seperti ini disumbangkan secara terus ke dalam tabung peperangan Israel Laknatullah. Dana tersebut disumbangkan untuk membeli peralatan peperangan untuk mengebom negara Palestin, membedil rakyat Palestin, terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak. Adakah ini adil bagi mereka? Tentera-tentera Israel Laknatullah tanpa belas kasihan tanpa berperikemanusiaan menembak kanak-kanak, yang tidak berupaya menentang Israel Laknatullah, Adakah ini Adil bagi mereka? Tentera Israel Laknatullah mengebom masjid-masjid, rumah-rumah sehingga berderai hancur tubuh rakyat Palestin, Adakah kita masih lagi menyokong barangan buatan Israel Laknatullah? Oleh itu sekian umat islam yang cintakan keamanan, yang bercita-cita untuk menghancurkan negara Israel Laknatullah, kita janganlah membeli barangan-barangan ini.
ALLAHUAKHBAR!!!!! MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERJUANG DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA ISLAM!!!!!!

Ya Allah Ya Rahim Ya Rahman... Bantulah RAKYAT PALESTIN!!!!!!

Setiap hari membelek berita berkenaan
Palestin, setiap hari rasa pedih dan
adakalanya terasa seolah tidak mahu
mendengar sebentar laporan berita
berkenaannya kerana sukar menahan rasa
sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan
semakin ganas. Sekitar 900 orang
Palestin telah diragut nyawanya
termasuk kanak-kanak dan wanita serta
orang awam, manakala seramai 5000 orang lagi
cedera. Bekalan ubatan, makanan dan
perkara asas semakin kurang. Hospital
dan doktor amat terhad dan laporan
berita menyatakan ada doktor yang
tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada
tiga bahagian, kiri dan kanan telah
mula ditembusi oleh Yahudi, hanya
bahagian tengah masih belum berjaya
ditembusi. Jelas, mereka sedang
melakukan penjajahan secara fizikal
dan menghilang Palestin dari peta
dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi
yang boleh bantu yang benar-benar
dikira membantu?? Satu soalan yang
saya sendiri turut kerap menyoal diri
ini. Saya tiada jawapan yang
melegakan, atau jawapan yang
membuatkan anda terperanjat kerana ‘di
luar kotak'.

Namun bagi saya, kita semua boleh
membantu berdasarkan rasa kemampuan
masing-masing. Siapa boleh lebih, buat
lebih, siapa hanya mampu yang kurang,
buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza
dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri
oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru,
jangan harapkan semua orang mampu
menjadi terlalu ‘berani seperti anda,
terlalu ‘pemurah' seperti anda,
terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang
sangat popular :-

Erti :
Sesiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah ia mencegah
dengan tangannya, barangsiapa yang
tidakmampu, cegahlah dengan lisannya
(perkataan dan tulisan), barangsiapa
yang tidak mampu, cegahlah dengan
hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu
atau lebih dari satu dari tindakan di
bawah untuk membantu saudara kita di
Palestin yang dijajah dan Palestin
yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ;
Pergilah ke medan di Palestin, jika
anda ada cara, kemampuan dan
keikhlasan. Sama ada untuk membantu
menghantar bantuan kemanusian,
perubatan, psikologi atau yang lebih
dahsyat dari itu dari segi
fizikalnya..

2)
Bantuan Harta : Bagi yang
tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun
kewangan atau pakaian dan lainnya
kepada badan yang dipercayai lagi
berwibawa di tempat anda. Agar bantuan
tersebut boleh sampai kepada rakyat
Palestin yang sedang menderita. Cuaca
sejuk kini tidak menentu, di UK kami
ditimpa cuaca sejuk luar biasa
sehingga (negatif 10) atau -10 darjah
celcius. Palestin juga berada dalam
cuaca sejuk, sekitar di bawah 10
celcius di sebelah malam

3)
Bantuan Doa ; Bagi yang tidak
mampu memberi kedua-dua bantuan di
atas, atau termasuk juga merkea yang
mampu, teruskan berdoa untuk
keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan
umat Islam, doakan bala bagi Yahudi,
pemimpin Amerika dan rakyatnya yang
menyokong, pemimpin Mesir dan
sekutunya-sekutu mereka yang membuka
jalan dan menyokong serangan pengganas
Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat
fardhu anda, anda dibenarkan untuk
memegang kertas doa semasa qunut
tersebut kerana tentunya sukar untuk
menghafalnya. Itu tidak membatalkan
solat dalam semua mazhab termasuk
mazhab Syafie kerana andatidak
bergerak besar berturut-turt sebanyak
tiga kali. Hanya angkat sekali kertas
doa, berhenti sebenar kerana membaca,
kemduain terus turun sujud, tiada
berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap
solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas
yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk
Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa
maqbul.

4) Solat Hajat : Bagi mereka
yang berpegang kepada bolehnya
dilakukan solat hajat sama ada secara
individu atau berjemaah. Anda turut
boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman :
Sertailah ia dengan aman dan
makmurkannya, namun jangan lupa juga
memakmurkan masjid di kala Subuh dan
waktu-waktu lain.

6) Menulis : Tulislah di blog,
web, forum anda, ruangan akhbar,
majalah yahoogroup dan lainnya,
buatkanlah kajian ringkas dan
permudahkan penyampaian info kepada
orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi
terhadap Palestin dan sekutu-sekutu
mereka.

7) Ceramah : anda mampu ceramah?
berikanlah ceramah berkaitan isu ini
atau hadirkanlah diri ke ceramah
berkaitannya di tempat anda.Anda tidak
semestinya seorang ustaz/ah untuk
ceramah dalam bab ini, wartawan pun
boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot
barangan Yahudi dan Amerika di ketika
ini. Hantarlah surat dan bantahan,
petition, memorandum kepada kedutaan
Amerika, Mesir dan sekutu jahat
mereka. Pelajar Al-Azhar, kami
mendambakan tindakan dan usaha anda
terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap
nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat
kerdil, tidak mampu memberi sebarang
kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka
baiklah dengan Allah, nescaya Allah
bersama hambaNya yang bersangka baik
dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut :
Aku berada di atas

sangkaan hamba-hambaKu,

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH
KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam
bidang ekonomi sedang jatuh merudum,
hari ini berita BBC melaporkan
Presiden dipilih, Barrack Obama
mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT
SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja
semakin ramai. Obama sedang pening
kepala masa plannya untuk USA, Bush
bukan main seronok dengan Yahudinya.
(Sumber di sini http://news. bbc.co.uk/
1/hi/business/ 7811326.stm)

Jualan kereta di US pula kini diratah
serangan virus kegawatan ekonomi
apabila jualannya jatuh paling teruk
sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit
Three jatuh 50 % buat pertama kalinya.
Chrysler pula rugi dengan kejatuhan
jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan
Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke
37 peratus. (http://uk.biz.
yahoo.com/ 06012009/ 323/auto- sales-
crash- 2008-hits- lowest-level- since-
1992. html)

Seorang rakan warganegara Amerika di
sini memberitahu kami bahawa Bush
sedang merancang Amerika menyertai
perang, itu adalah salah satu jalan
agar perlantikan rasmi Obama sebagai
Presiden UA pada 20 Januari 2009
terpaksa ditangguh, kerana demikian
menurut undang-undangnya. Iaitu jika
US sedang dalam peperangan, Presiden
yang sedang menerajui akan kekal. Kami
tiadalah mengetahui sejauh mana
benarnya ramalan atau analisa ini.
Cuma ini mungkin salah satu sebab
Obama dan rakannya, senyap sunyi
menggelak dari memberi komen dalam isu
Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush
sedikit terganggu kerana untuk
berperang Amerika perlukan berbillion
US, bagaimana ia boleh sedang dalam
ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT
BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang
bengisnya adalah Britain, sebagaimana
dalam kes Iraq, namun, kini UK agak
senyap sunyi sikit, Alhamdulillah.
Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan
laju teruknya, UK setiap hari berita
parahnya semakin menjalar, sehingga
nilai Pound Sterling jatuh menjunam
hampir sama malah pernah lebih rendah
daripada matawang Euro. Kes buang
kerja tidak henti-henti, pasaraya dan
syarikat besar satu demi satu bungkus
seperti Woolworth, MFI dan banyak
lagi, menghidangkan kebanjiran
pengganggur. Ditambah dengan cuaca
sejuk luar biasa, Sehingga kami yang
berada di sini turut bimbang.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah
dengan baris yang telah saya usahakan
barisnya dan ertinya, agar boleh
dibaca oleh orang ramai.


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ
عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ
إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ
نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ،
إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ
الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya :
"Ya Allah sesungguhnya

kami memohon pertolongan dariMU dan
kami beriman denganMu, dan kami
bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja
Mu dengan kebaikan dan kami tidak
mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau
yang kami sembah dan kepada Mu kami
menunaikan solat dan bersujud,
kepadaMu kami berusaha, kami
mengharapkan rahmatMu dan kami
takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu
yang pedih akan dikenakan kepada orang-
orang yang kafir, Ya Allah azablah
orang-orag kafir Ahli kitab yang
menghalang-halangi dari jalanMU."


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ،
ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ
الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ،
وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ
قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا
مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ
عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami
menjadikan-Mu sebagai pendinding
(kepada musuh2) kami, dan kami
berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang
menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan
wahai yang menjalankan awan, dan wahai
yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah Yahudi perampas dan
penjajah dan bantulah kami ke atas
mereka dan goyankanlah mereka.


Wahai Tuhan kami, binasakanlah
kesempurnaan mereka, dan pecah-
belahkanlah jemaah/kesatuan mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka
(melalutkan kereka), pecah belahkanlah
hati-hati mereka, goyahkanlah
pendirian mereka, dan hantarkanlah
anjing ke atas mereka dari anjing-
anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang
Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang
Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha
Berdendam, wahai Allah tuhan kami,
turunkanlah ke atas mereka kemarahan
dan kesakitan dariMu yang tidak mampu
ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ
اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ
مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ ..
اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ
مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً
لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ
وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ ,
اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ
سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti :
Ya Allah, bantulah muslimin dan
pejuang Islam dalam petempurannya
dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami
untuk mengalahkan mereka di mana-mana
sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada
mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah
jadikanlah mereka boleh dibilang, dan
bunuhlah mereka sebinasanya, dan
janganlah engkau lepaskan mereka walau
seorang. Ya Allah jadikanlah senjata
dan harta mereka sebagai harta
rampasan di tangan kaum Muslim, Ya
Allah jadikanlah senjata mereka
mengenai dada mereka sendiri, dan
helah mereka mengenai tengkuk mereka,
dan perancangan mereka penghancur
mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah
para Malaikat membantu kaum Muslimin,
Ya Allah tepatkanlah tembakan dan
lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ...
اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا
فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ
إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان
والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti :
Ya Allah hancurkanlah mereka
sebagaimana engkau mengahncur kaum
Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka
dengan paluan azaz kerana mereka telah
melakukan kerosakan dalam negara dan
membunuh para hambaMu. Ya Allah
bantulah saudara kami di LUbnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq dan
seluruh negara umat Islam.

Insan Tersayang Puteri Impian

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada- Mu,
agar bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta sia-sia.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan- Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa
hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
"


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Wednesday, January 7, 2009

'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras

Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan.Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka ."Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lapor Harakahdaily.

Azmi juga menyatakan persetujuan dengan langkah terakhir yang diambil oleh kumpulan NGO ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

"Saya berharap semua rakyat dan kumpulan NGO akan bersatu bersama-sama untuk mewakili rakyat Malaysia bagi memfailkan saman terhadap kerajaan.

"Saya percaya majoriti NGO bersepakat menentang dasar yang ingin kerajaan teruskan ini. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana NGO ini harus bergabung untuk mengambil tindakan undang-undang ini,"katanya.

Beliau berpandangan, tindakan bersama yang dilakukan oleh kumpulan NGO seperti penyerahan memorandum serta melalui perhimpunan di Johor Bharu baru-baru ini dengan jelas menyatakan pendirian bahawa tindakan kerajaan itu satu pengkhianatan kepada negara bangsa.

Kenyataan beliau itu turut dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Persatuan China Muslim Malaysia, Ann Wan Seng .

Jelasnya kumpulan NGO menyuarakan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh digunakan untuk memperbaiki bahasa Inggeris.

"Pendekatan yang digunakan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak praktikal. Kami kumpulan NGO lebih berminat untuk menggunakan pendekatan alternatif berbanding pendekatan yang digunakan hari ini,"katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan tersebut kerana pelaksanaan tersebut ternyata tidak memberi kemajuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

"Sekiranya pelaksanaan ini diteruskan, ia akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar-pelajar yang sememangnya tidak pandai bahasa Inggeris untuk memahami subjek tersebut.

"Dan kita juga maklum, pelajar Melayu ramai yang tidak dapat menguasai subjek matematik. Jika subjek itu tetap diajar dalam bahasa Inggeris, akan menyebabkan pelajar-pelajar ini makin ketinggalan dan tercicir,"katanya.-azm _


Sekolah UNRWA diserang. 135 orang terbunuh !

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.
Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.

Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya.

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.